900 Pemain atau 120 pasukan berjaya dikumpul pada hari pertama AFM Championship 2019
On September 15, 2019 by Wak PivotKemeriahan begitu dirasai pada hari pertama AFMC 2019 yang berlangsung di Republic Of Futsal Petaling Jaya Selangor bagi kategori lelaki bawah 14 dan 16 tahun. Kejohanan yang pertama kali dianjurkan oleh Arena Futsal Malaysia sempena ulang tahun ke 8 organisasi yang dijayakan bersama Rockafutsal dan mendapat tajaan hadiah dari pihak Joma, Kelme Malaysia, pengeluar jersi customade Kovra dan Andalas De Futsal.
Pasukan-pasukan yang bertanding bukan sahaja dari Lembah Klang, bahkan ada dari Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Perak, Kedah dan Johor. Ucapan terima kasih kami dahulukan kepada semua pasukan yang terlibat. Semangat kesukanan yang tinggi dan sporting ditunjukkan oleh semua pemain bahkan penglibatan ibu bapa membuatkan pertandingan ini menjadi lebih berseri dengan teriak sokongan kaum-kaum ibu khasnya.
Turut turun dan menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah wakil dari Joma dan Kelme Malaysia iaitu En Chong Tuck Wai dan En Louis Fun.
Senarai Pemenang
Kategori Bawah 14 Tahun
======================
Juara – TFC FC ( Negeri Sembilan )
Naib Juara – Aziman FT ( Perak )
Ketiga Bersama – JCM Kuweng (A) (Selangor)/ Ally FT (C) ( Kuala Lumpur)
Pemain Terbaik – Iyadz Hadi Hakimi (TFC FC)
Penjaga Gol Terbaik – Afiq Daniel ( Aziman FT )
Kategori Bawah 16 Tahun
====================
Juara – JCM Kuweng (A) Selangor
Naib Juara – Zeha ( Selangor)
Ketiga Bersama – Red Galaticos (Selangor) / Court Soccer (A) (Selangor)
Pemain Terbaik – Adham Bin Yusri (JCM Kuweng FC A / Selangor)
Penjaga Gol Terbaik – Haikal Iman ( Court Soccer / Kuala Lumpur)
Disamping itu pihak penganjur juga mennghargai jasa jurulatih dengan dengan anugerah jurulatih terbaik bagi kedua-dua kategori. En Kelvin Yee dipilih jurulatih terbaik bawah 16 tahun dan En Suffian Abdullah bagi kategori bawah 16 tahun
Dan yang terakhir anugerah khas dari Arena Futsal Malaysia iaitu Anugerah Lagenda yang diperkenalkan buat kali pertama untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jurulatih/Pasukan liga amatur bawah umur yang sudah 14 tahun membangunkan bakat-bakat bawah umur dan ada diantara pemain yang pernah dilahirkan kini pemain utama pasukan kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada En Hassan Kassim dan pasukan beliau yang dikenali sebagai Court Soccer.
Akhir kata kami ucapkan jutaan kemaafan diatas kekurangan penganjuran dan terima kasih bagi semua pasukan dan terlibat. Jangan lupa hari kedua kategori bawah 19 tahun dan bawah 23 tahun bakal sepak mula Ahad 15 September 2019
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.