
Acara Sukan Tahunan Pan 2018 @pansports.my
On April 7, 2019 by FixoPetaling Jaya : 22 Disember 2018, telah berlansung Acara Sukan Tahun Pan 2018 yang merupakan salah satu acara sukan futsal terbesar pada bulan Disember tahun tersebut. Dengan itu terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi memeriahkan lagi acara tersebut. Pelancaran kedai Pan Concept merupakan satu kemuncak utama pada hari tersebut, di mana ianya merupakan kedai Pan Konsep yang pertama di Malaysia.
Para pengunjung yang hadir akan dapat merasai pengalaman membeli-belah yang baru diikuti dengan pelancaran model Pan yang terkini bagi tahun 2019. Bersempena dengan pelancaran ini juga, kedai Pan Konsep telah mengadakan jualan murah terbesar sehingga potongan diskaun sebanyak 40%.
Bukan itu sahaja, para pengunjung yang hadir ke acara tahunan ini juga berpeluang bertemu dengan duta besar jenama Pan seperti Syed Aizad (@syedaizaddaniel), Awal (@awal_06), Hanna Aqeela (@hannaqeela), Hakim
(@hakimrahman), Zharil (@zharil), Aliff (@muhdaliff2), Asyraff (@yap.jalal), Affira (@affiraazman) dan Farhan (@apan_naa). Kesemua duta Pan merupakan para pemain professional bagi Pasukan Kebangsaan dan Liga Kebangsaan. Para duta telah diberikan BalancerTouchX keluaran terbaru Pan yang kini boleh didapati di @pansports.my.
Selain itu, kejohanan terbuka Pan Challenge Cup ini juga telah mendapat sambutan penyertaan sehingga 36 pasukan diikuti dengan penyertaan beberapa pasukan dan pemain utama Malaysia. Keberadaan para pemain pasukan Liga Kebangsaan, Pasukan Kebangsaan dan beberapa pemain profesional yang lain telah memeriahkan lagi acaran tahunan tersebut. Pasukan M.A.C B telah menjuarai kejohanan ini setelah menewaskan pasukan M.A.C C pada perlawanan akhir dengan penentuan penalti. Azrin dari pasukan M.A.C B telah dinobatkan sebagai pemain terbaik setelah mempamerkan bakat yang luar biasa pada hari kejohanan tersebut.
Acara “Jungling Contest” juga telah mempamerkan bakat beberapa pemain profesional. Pertandingan telah menghasilkan penentuan yang sukar sehingga Akeem daripada pasukan SS FIVE telah menyepak lebih dari 900 kali bagi merangkul gelaran juara pertandingan ini dan dianugerahkan kasut futsal Pan Raven.
Secara keseluruhannya, Acaran Sukan Tahunan Pan 2018 ini telah mencapai objektif utama untuk menunjukkan sokongan terhadap industri futsal dan bersama- sama memupuk rasa cinta terhadap sukan. Bagi sesiapa yang tidak dapat mengikuti acara tersebut, anda boleh ikuti IG Pan : @pansports.my bagi melihat dengan lebih lanjut dan mendapatkan info-info terkini daripada kami.
#theplayerschoice #panfutsal #futsalasia #PANathlete#panfutsalmalaysia #kakifutsal #kakibola#kakifutsal #futsalmalaysia #kasutbola #kasutfutsal#bolasepak #soccer
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.