Akademi PJFC Seru Bersama Mereka Capai Impian Anda
On March 25, 2019 by WanShaKita dapat lihat, terlalu banyak tertubuhnya pasukan-pasukan futsal tanah air yang bergerak aktif di kejohanan-kejohanan futsal. Tetapi, tahukah anda wujudnya akademi futsal dimana ianya merupakan satu platform untuk mengembangkan minat dan potensi dalam diri anda?
Kali ini, saya berkesempatan menemu bual, Ebenezer Lasal, pengasas Akademi PJFC serta jurulatih futsal dan bola sepak.
Menurut cerita Eben, sebelum tertubuhnya Petaling Jaya Futsal Club (PJFC) ini, dia aktif berfutsal sehingga dia mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan telah menjalani pembedahan.
Dari situ, dia mendapat idea untuk menubuhkan satu platform untuk anak-anak muda sertai latihan bersamanya.
Petaling Jaya Futsal Club (PJFC) telah ditubuhkan pada tahun 2013 lagi. Pada mulanya, PJFC mula mengadakan latihan di Open futsal Court Gasing Indah, Petaling Jaya. Kemudian, mereka beralih ke Samba De Futsal. Kini, mereka menapak di Sports Planet Subang Grand.
Tujuan Utama Akademi PJFC ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada semua peringkat umur yang ingin mengembangkan bakat mereka. Ini kerana, PJFC membuka peluang kepada semua peringkat umur iaitu kategori bawah 12 tahun, bawah 17 tahun, lelaki dan wanita.
Akademi PJFC dimulakan secara rasmi pada April 2018 lalu. Lebih 150 orang hadir untuk sesi percuma. Tambahan lagi, sambutan yang diterima amat baik dan yuran yang dikenakan berpatutan.
Eben berharap ramai lagi wanita menyertai akademi PJFC bagi menjayakan lagi misi dan visi PJFC.
“Pada awalnya, hanya 4 orang saja yang sertai sesi latihan bersama kami. Kini, jumlah semakin ramai. Ada antara mereka yang berterima kasih kepada PJFC kerana menurut mereka tiada platform yang sesuai untuk kaum hawa sertai sebelum ini”, maklum Eben.
Beralih kepada target yang ingin dicapai Eben adalah untuk menjadikan PJFC sebuah kelab dan akademi yang menjadi platform kepada semua peringkat umur, dari kanak-kanak ke dewasa.
“Main goal kami adalah untuk menyertai Liga Pro Malaysia bagi kategori lelaki dan wanita. Bantuan kewangan adalah salah satu faktor penting bagi menjayakan impian kami. Kami ingin menjadi antara kelab terkemuka di Malaysia”, Eben meluahkan hasratnya.
Selain itu, menurut Eben, dia berharap agar pasukan PJFC layak ke Liga Futsal Pro bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita suatu hari nanti.
“Kelab dan Akademi PJFC hari ini berjaya bukan sahaja kerana Eben tetapi kesemua jurulatih dan penolong yang telah banyak membantu dan masih membantu PJFC”, luahnya.
Antara nama-nama jurulatih di PJFC adalah Coach Steffi , Coach Desmond , Coach Saiful , Coach Fitri Yatim , Coach Aley , Coach Jamhuri , Coach Jasman dan ramai lagi coaches dan individu yang tidak disebut telah banyak membantu PJFC.
“Tak juga lupa kepada semua pemain PJFC yang selalu membantu PJFC di pertandingan dan liga. Terima kasih!”, ucapnya.
Ayuhlah sertai Akademi PJFC sama ada untuk anak-anak anda, rakan sekerja atau diri sendiri.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.