AYBESCOLA Futsal Institute Akademi Futsal Pertama Di Manjung, Perak
On January 8, 2019 by WanShaSiapa sangka, impian yang dibina akhirnya menjadi kenyataan. Begitulah yang dilalui oleh Coach Muhammad Faris Mohd Sidek.
Sabtu lalu, dengan secara rasminya AYBescola Futsal Institute ditubuhkan. Akademi futsal ini merupakan akademi yang pertama yang berdaftar di Manjung, Perak.
Menurut Coach Faris, pada awalnya dia tidak mengjangkakan untuk mendapat banyak sambutan dari warga Manjung kerana targetnya hanyalah 20 ke 30 orang sahaja.
“Di hari pelancaran diadakan, seramai 40 penyertaan telah disahkan dan bakal ada peningkatan penyertaan lagi di minggu hadapan”, kongsinya.
Jurulatih muda yang berusia 31 tahun ini turut berkongsi mengenai idea penubuhan AYBescola. Baginya, setelah sekian lama menubuhan pasukan futsal AYB FC pada tahun 2011, dia ingin mencuba sesuatu yang baru dalam kariernya.
Tambahan pula, di Manjung atau di Perak itu sendiri belum tertubuhnya sebuah akademi akar umbi seperti di Kuala Lumpur dan Selangor yang mempunyai akademi futsal seperti MOTA Futsal Academy dan Petaling Jaya Futsal Academy.
“Bila saya lihat akademi mereka berjaya dan nasihat jurulatih di sana, ia menyuntik semangat saya untuk sahut cabaran ini. Oleh itu, saya ambil langkah berani untuk cuba wujudkan akademi sendiri di sini”, katanya.
Bertanyakan target penubuhan AYBescola di tahun pertama. Coach Faris turut berkongsi secara terperinci.
• Umur 7-9 tahun – Fun with the ball
• Umur 10-13 tahun – Mula bentuk kefahaman dan bijak buat keputusan
• Umur 14-16 – Mendalami taktikal dan pergerakan
“Jadi, bila habis sesi 2019 ni, pemain mampu mahir dalam basic futsal dan mampu bermain di fifa court”, jelasnya.
Dia juga berharap agar penubuhan akademi ini mampu melahirkan lebih ramai bakat muda dan beri peluang kepada anak muda untuk belajar lebih dalam mengenai “modern futsal” dan bantu untuk kembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.