Sabtu lalu, sebanyak 73 pasukan yang mencuba nasib di Raja Futsal Sirkit Johor.
Dalam perlawanan separuh akhir menyaksikan Habiel 66 UDFF berjaya menewaskan Raja Selatan dengan jaringan 3-0 manakala Fido Dido FT tewas kepada Canaan FT dengan jaringan 1-2, melayakkan mereka ke perlawanan akhir.
Perlawanan akhir Raja Futsal Sirkit Johor ini menyaksikan Canaan FT berjaya menewaskan Habiel 66 UDFF dengan jaringan 5-4.
Manakala di tempat ke-3 bersama diperolehi oleh pasukan Raja Selatan dan Fido Dido FT.
Selepas ini kejohanan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Oktober, Sabtu ini pada sirkit yang terakhir. Agak-agak siapa Raja Futsal Kuala Lumpur? Sama-sama kita nantikan.