Bertam Ulu Raja Futsal Melaka

Bertam Ulu bukan lagi satu nama asing di arena futsal tempatan dan pasukan asal Melaka ini membuktikan kejaguhan mereka dengan muncul juara Raja Futsal edisi Melaka minggu lepas di Sport Planet Cheng.

Pasukan BUFC yang diwakili pemain-pemain muda kali ini mendapat tentangan sengit dari peringkat separuh akhir lagi. Mereka berjaya menewaskan Arena FM 2-1 sebelum menewaskan Kovra Sinchan 4-3 di perlawanan akhir.

Kejayaan ini berjaya memberikan mereka slot ke Grand Final Raja Futsal bersama pasukan daripada Selangor, Kovra Sinchan. Selaku juara BUFC  turut membawa pulang membawa pulang wang tunai RM 1000 dan medal.

Keputusan penuh Raja Futsal Melaka:

Juara : Bertam Ulu

Naib Juara : Kovra Sinchan

Ketiga Bersama : Arena FM & Sri Iqra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top