Hidup Bola Milo Sirkit Kedah Milik TL Panther A & Primer Kelate

Pasukan TL Panther A membuktikan kemampuan mereka dengan mudah menewaskan lawan North Lion 5-0 sebelum mengekalkan rentak kemenangan menewaskan ABS Baling 2-0 di final bawah 12 tahun Hidup Bola Milo Sirkit Kedah.

Adik Azim Akmal yang merupakan nadi kemenangan skuad TL Panther A ini telah berjaya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan kejayaan mereka turut dicapai dengan ketangkasan penjaga gol terbaik adik Izzudin.

Berbeza pula cerita bagi kategori bawah 16 tahun. Pasukan daripada Kelantan turun untuk beraksi di Kedah dan kehadiran mereka membuahkan hasil apabila pasukan Primer Kelate telah dinobatkan juara bagi kategori ini.

Mereka berjaya menewaskan KSMR-Sukee 1-0 di separuh akhir sebelum meraih kemenangan keatas Arena Malaya A 3-2.

Pemain terbaik dalam perlawanan ini diberikan kepada Adik Mohd Karman daripada Arena Malaya A manakala penjaga gol terbaik dinobatkan kepada Aidil Azrai daripada pasukan Primer Kelate.

Keputusan penuh Hidup Bola Milo Kedah:
Bawah 12 Tahun
Juara : TL Panther A
Naib Juara : ABS Baling
Ketiga Bersama : CJ FC A & North Lion

Bawah 16 Tahun

Juara : Prime Kelate
Naib Juara : Arena Malaya A
Ketiga Bersama : KSMR-Sukee & Tandop City B

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top