
2 Pemain Futsal Wanita Sertai Magoo Star
On August 21, 2018 by WanShaJumaat lalu telah berangkat 2 pemain futsal wanita iaitu Masturah Binti Majid dan Siti Asnidah Binti Zamri ke Maldives bagi menyertai pasukan kelab di sana.
Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi futsal negara kerana ia merupakan kali pertama pemain futsal wanita negara dipanggil untuk menyertai pasukan kelab futsal luar negara.
Kami berjaya menghubungi Masturah Majid yang merupakan pemain LFK pasukan Sabah bagi mendapatkan maklumat mengenai penyertaan mereka ke kelab futsal di Maldives.
Menurut Masturah, dia sangat gembira dan berasa amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk bermain bersama kelab luar di samping dapat menimba pengalaman di sana.
“Kami akan bersama mereka selama 10 hari iaitu bermula pada 17 hingga 27 Ogos ini. Kami akan mewakili kelab Magoo Star”, kongsinya.
Harapan pemain yang berusia 30-an ini adalah ingin membuat persembahan yang terbaik sepanjang liga berlangsung dan tentunya ingin mendapatkan juara liga bagi pasukan yang diwakilinya.
Kami di Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kedua-dua pemain ini!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.