Asyraf Ingin Pastikan KPTM Bangi Juara Liga Premier Dengan Rekod Tanpa Kalah!
On July 29, 2018 by WanShaMinggu lalu, tamatlah perlawanan Liga Futsal IPT 2018 bagi fasa pertama yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Perlawanan ini diadakan daripada 18-22 Julai lalu.
Setelah tamat perlawanan fasa pertama ini, KPTM Bangi menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 6 perlawanan.
KPTM Bangi seperti mendapat nafas baru apabila tersingkir daripada Liga Super musim lalu dan ungguli carta liga pada musim ini.
Kami berkesempatan menemu bual kapten pasukan, Muhammad Asyraf Azman, bagi mendapatkan komen mengenai pasukannya.
“Rahsia kejayaan kami adalah semangat juang yang tinggi rakan sepasukan setelah teruk dikalahkan pada musim lalu sehingga turun ke liga premier serta sokongan daripada jurulatih dan pengurusan kolej”, katanya.
Menurut Asyraf, dia mengakui perlawanan ketika bertemu pasukan IIUM merupakan satu perlawanan yang sukar buat mereka apabila ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. Namun, dengan semangat juang yang tinggi mereka mampu mencapai kemenangan dengan jaringan, 5-4.
Asyraf merupakan pelajar di jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan ini memaklumkan bahawa majoriti pemain mereka pada musim ini adalah sama dengan musim lalu.
“Perancangan untuk fasa ke-2, kami akan push semua pemain untuk terus fokus dan serius”, kongsinya.
Selaku kapten pasukan, dia berharap agar pasukannya musim ini mampu menjadi juara liga premier.
“Lagi manis lagi kalau kitorang dapat juara dengan rekod tanpa kalah! Saya juga berharap pemain pasukan ni dapat pergi lagi jauh, contohnya bermain di Liga Futsal Kebangsaan”, katanya dengan penuh harapan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.