Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Mencapai Objektif Program

2 hari yang lalu, Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4 yang dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan Semester 3, Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM telah berjalan dengan lancar.

Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4

Menurut maklumat yang dikongsi oleh wakil krew mereka, Mohd Alif Haiqal Bin Mohd Zaini selaku AJK Bahagian Pengambilan Pasukan Kejohanan, sebanyak 52 pasukan yang mendaftarkan diri bagi kategori terbuka manakala 34 pasukan bagi kategori bawah 18 tahun.

Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4

Merujuk maklumat temubual yang lalu, objektif kejohanan ini adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran subjek SMG 453 (pengurusan projek sukan) disamping menggalakkan semua pemain untuk kekal aktif walaupun di bulan Ramadhan.

Oleh hal yang demikian, menurut Haiqal, kejohanan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.

“Kejohanan ini memberikan pendedahan kepada kami tentang penganjuran sebuah event yang berskala besar dan ianya berhasil”, kata Haiqal kepada AFM.

Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4

Setelah menjayakan kejohanan pada edisi kali ini, kami berkesempatan bertanyakan tentang lanjutan kejohanan ini bagi edisi yang seterusnya.

“Jika diberikan peluang, kami berharap agar kami masih diberikan kepercayaan untuk menganjurkan kejohanan ini pada tahun hadapan”, jawabnya ringkas.

Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4

Senarai pemenang kejohanan kali ini:

Kategori Terbuka

JOHAN : Tot United B

NAIB JOHAN : MYG A

KETIGA : ZMFT

KEEMPAT : MYG C

 

Kategori Bawah 18 Tahun

JOHAN : PJFC

NAIB JOHAN : Court Soccer

KETIGA : Ally FT

KEEMPAT : Putra MB

 

Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4
Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4
Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4
Kejohanan Futsal Mubarak CUP 2018 Edisi Ke-4

 

Artikel : Wan Shahilla Nur Quratulainnie

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top