Misi Baru Fitri Yatim Bersama Pasukan PST
On May 25, 2018 by WanShaSelepas cemerlang membawa pasukan UniKL BMI di Liga Futsal IPT, bekas pemain kebangsaan ini, Muhammad Fitri Muhamad Yatim ditawarkan peluang untuk menjadi jurulatih skuad PST/Universiti Malaysia.
Menurut Fitri, para pemain pasukan ini dipilih daripada sesi pemilihan yang dihadiri seramai 40 pemain dan telah dinilai oleh 4 panel jurulatih. Antaranya adalah jurulatih daripada Politeknik, jurulatih daripada Univerisiti awam/swasta, Coach Wan Suratman dan bekas jurulatih pasukan PST.
Tahun ini 2 kejohanan bakal disertai pasukan PST iaitu Futsal Tournament Rafhely Specs Cup, Padang Indonesia pada 20-29 Julai dan Futsal World University Kazakstan pada 16-25 Ogos ini.
Mereka sudah pun melakukan latihan pusat awal sebelum ini dan selepas raya beberapa latihan akan diadakan untuk menghadapi 2 kejohanan ini. Berkongsi mengenai gaya permainan yang mahu diterapkan, coach Fitri mahu menerapkan corak permainan yang pantas memandangkan pemain-pemain ini masih muda dan bertenaga.
Coach Fitri berharap agar dia dapat melihat pemain di bawah kendaliannya dapat beraksi dengan baik selepas ini dan mewakili pasukan kebangsaan satu hari nanti. Dia juga ingin melihat liga IPT ini setaraf dengan LFK dimana kedua-dua kategori ini bermain di dalam divison level yang sama.
“Saya mengharapkan ada satu kejayaan yang boleh dibanggakan di bawah bimbingan saya nanti. In sya Allah!”, katanya mengakhiri perbualan.
Membawa satu pasukan yang lebih besar menjadi satu cabaran buat coach Fitri selepas ini namun perkara itu tidak menjadi masalah buat dirinya kerana dia yakin dengan bantuan oleh pihak pengurusan dan pemain-pemain IPT yang sedia ada akan memudahkan misinya selepas ini.
Semoga berjaya coach!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.