Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami sempat menghubungi jurulatih pasukan Perak yang juga seorang jurulatih kecergasan iaitu Mohd Faiq Bin Faudzil bagi berkongsi TIPS dan waktu-waktu yang sesuai untuk melakukan senaman di bulan ini.
Coach Faiq telah senaraikan 5 TIPS untuk anda bagaimana nak kekal aktif di bulan Ramadhan:
- Pastikan Anda Bersahur
Lewat kan waktu bersahur. Makan makanan yang cukup serat dan seimbang, elakkan minum air berkafein dan berkabonat.
- Banyak lakukan solat sunat
Ada pergerakan fizikal dalam solat
- Lakukan senamam intensiti rendah
1 jam sebelum berbuka dengan heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum
- Pastikan tidur yang mengcukupi, 6-8 jam
Untuk pastikan muscle kita dpt recovery sebaiknya
- Pastikan melakukan regangan sebelum dan selepas berfutsal
Untuk mengelakkan anda cedera
Menurut Coach Faiq, waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti ini adalah pada waktu malam selepas isya’ atau 30 minit – sejam sebelum berbuka puasa. Asalkan anda tidur cukup 6 jam.
Namun begitu apa senaman yang Coach Faiq lakukan pada bulan Ramadhan ini. Dia turut berkongsi:
- Melakukan senaman cardio pada waktu pagi (sebelum sahur) kerana ia menggunakan sumber tenaga kedua (lemak) sebagai bahan bakar
- Saya hanya melakukan slow-moderate cardio (skipping, lompat bintang, berjalan-jalan). Lebih kurang 1 jam sebelum sahur.
- Latihan bebanan (weight training) / high intesity training saya lakukan pada waktu malam. Selepas tarawih atau isyak. Paling lama pun 1 jam setengah.
- Hanya melakukan senaman ini 2 ke 3 kali seminggu atau paling maksimum 5 hari seminggu sudah memadai
- Tidak bersenam ketika waktu siang (puasa).
- Jika berfutsal, pastikan anda dapat rehat secukupnya selepas berfutsal. Contohnya, jika bekerja waktu pagi, perlu bangun 6 pagi, seeloknya main futsal selepas terawih 10-11 malam. Jangan main lewat malam untuk jaga badan untuk recovery keletihan bersukan.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.