Rangkuman Perlawanan Liga Futsal Politeknik Malaysia 2018

Liga Futsal Politeknik Malaysia telahpun berakhir beberapa hari yang lalu. Perlawanan ini diadakan selama 3 hari berturut-turut dari 22 April – 24 April 2018 yang bertempat di Kompleks Sukan IIUM, Kampus Kuantan.

Perlawanan ini melibatkan 11 pasukan daripada negeri yang berlainan. Dimaklumkan bahawa Politeknik Perak dan Sarawak tidak menyertai perlawanan liga yang diadakan ini.

Foto: LFPM

Setiap kejohanan akan mempunyai objektif yang tersendiri. Menurut Penyelaras Kejohanan LFPM 2018, Rasyidi Abdullah, objektif kejohanan kali ni adalah untuk membentuk satu pasukan Politeknik Malaysia bagi menghadapi saingan di Liga IPT 2018.

Foto: LFPM

Perlawanan ini menjadi lebih menarik apabila kedua-dua pasukan yang berentap di pusingan akhir iaitu Politeknik Selangor menentang Politeknik Pahang mengakhiri dengan jaringan penalti.

Foto: LFPM

Walaubagaimanapun, kemenangan berpihak kepada Politeknik Selangor yang juga merupakan juara bertahan bagi tahun 2017 dengan jaringan, 10-9.

Foto: LFPM

Berikut adalah keputusan penuh bagi perlawanan LFPM 2018:

JOHAN : POLITEKNIK SELANGOR
NAIB JOHAN : POLITEKNIK PAHANG
KE-3 : POLITEKNIK TERENGGANU
KE-4 : POLITEKNIK MELAKA

PEMAIN TERBAIK : MUHAMMAD FARHAN BIN KHAIRUL ANUAR
PENJARING TERBANYAK : MUHAMMAD NURASYRAF BIN MOHAMAD AZLE
PENJAGA GOL TERBAIK : MUHAMMAD SYATIR IKRAM BIN ABD AZIZ

Foto: LFPM
Foto: LFPM
Foto: LFPM

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top