Ayon Mahu Bawa Pasukan SKN Kebumen Menjuarai Pro Futsal League 2018!
On April 27, 2018 by WanShaPerpindahan pemain futsal negara Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin atau dikenali dengan panggilan Ayon ke kelab Indonesia SKN Kebumen telah memberikan impak apabila dia berjaya membantu pasukanya mara ke Final Four (separuh akhir) Pro Futsal League 2018.
SKN Kebumen yang tampil buat kali pertama menamatkan pusingan liga di tangga kedua Kumpulan A dengan pungutan 29 mata, dibelakang pasukan Vamos Mataram.
Ayon yang sudah menjaringkan 6 gol setakat ini mempunyai satu lagi misi penting untuk membawa pasukannya menjuarai liga pada musim ini.
Kini dia dan SKN Kebumen dalam persiapan terakhir menjelang aksi Final Four menentang juara Kumpulan B, Blackstell Manokwari pada 5-6 Mei ini di GOR UNY, Yogjakarta.
Kami di Arena Futsal Malaysia mendoakan Ayon agar terus sukses dalam kariernya. Jom saksikan video penuh temubual AFM bersama Ayon.
https://www.instagram.com/p/BiDxIuPF77j/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.