PDRM Sasar Tangga Ke-5 Terbaik Liga

Setelah mengharungi 6 perlawanan setakat ini, pasukan PDRM telah mencatatkan 3 kemenangan dan 3 kekalahan. PDRM berjaya berada di tangga ke-5 liga setakat ini dengan pungutan 9 mata.

Arena Futsal Malaysia sempat bersama seorang pemain dari pasukan PDRM, Noor Asyikin Mohamad Noor untuk menemubual tentang pasukan PDRM dalam LFK musim ini.

Noor Asyikin atau lebih mesra dengan panggilan Tom berpendapat bahawa PDRM akan berjuang sehabis-habisan dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Dia juga berharap agar PDRM mampu bangkit dalam perlawanan yang akan datang.

Pemain yang diposisi pivot ini merupakan seorang anggota PDRM dan beraksi untuk PDRM. Selain itu, dia juga pernah beraksi bersama skuad futsal wanita kebangsaan di Sea Games 2017 lalu.

AFM harap agar Tom dan pasukannya mampu kekal di kedudukan terbaik liga.

https://www.instagram.com/p/BhyNXv0FJ08/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie

One thought on “PDRM Sasar Tangga Ke-5 Terbaik Liga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top