Sarawak Mahu Bangkit!
On April 19, 2018 by WanShaTempoh cuti yang agak panjang akan digunakan sebaik mungkin oleh barisan kejurulatihan Sarawak untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi permainan pasukan mereka.
Selepas mengharungi 6 perlawanan, Sarawak kini menduduki tangga ke-8 dengan hanya mencatat 1 mata dari aksi menentang KL Imigresen FC pada perlawanan pertama di LFK 2018.
Pasukan Sarawak yang majoriti dibarisi pemain bawah umur musim ini tetap berbangga apabila seorang daripada pemain pasukan Sarawak iaitu Rabiah Bishriyah terpilih menyertai pasukan futsal wanita kebangsaan dan kini dia berada di Bandung, Indonesia bagi menghadapi perlawanan persahabatan di sana.
Arena Futsal Malaysia berkesempatan untuk menemubual penolong jurulatih pasukan Sarawak, Khalid Bin Sulong, bagi mendapatkan komen tentang permainan Sarawak setakat ini.
Saksikan video penuh temubual AFM bersama Penolong Jurulatih Sarawak, Khalid Sulong.
https://www.instagram.com/p/Bhv-XBBFILe/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.