Suntik Semangat Baru Buat Selangor United MPSJ

Musim lalu, MPSJ sunyi di Liga Futsal Kebangsaan setelah mengesahkan tidak membuat penyertaan.

Namun begitu, musim ini Selangor United MPSJ dikatakan mempunyai semangat dan azam baru untuk LFK 2018.

Menyaksikan perlawanan di minggu terakhir sebelum LFK2018 berehat seketika, MPSJ berjaya memungut 6 mata yang berharga.

Perlawanan di minggu ke-4 lalu, menyaksikan 2 perlawanan penting MPSJ iaitu menentang Kuantan Rangers dan Terengganu FC. Walaubagaimanapun, MPSJ berjaya menewaskan kedua-dua pasukan dengan jaringan, 5-2 dan 4-3.

Arena Futsal Malaysia sempat bersama ketua jurulatih pasukan MPSJ tempoh hari, Addy Shairullyzam, bagi bertanyakan pendapatnya tentang MPSJ dikatakan 1 daripada pasukan yang dianggap pencabar utama bagi pasukan lain.

“Semua pasukan yang bertanding musim ini sangat kuat dimana mereka juga turut membuat persiapan yang rapi seperti kami”, komennya.

Saksikan video penuh temubual AFM bersama Coach Angah.

https://www.instagram.com/p/BhqyfsUlchF/?hl=en&taken-by=arenafutsalmalaysia

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top