Wawa Mahu Pastikan Perak Berada Dikedudukan Yang Lebih Baik
On April 4, 2018 by WanShaFadathul Najwa Nurfarahain Binti Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Wawa yang berusia 23 tahun merupakan gadis kelahiran Pahang yang telah sekian lama beraksi bersama pasukan Perak FA. Pemain di posisi ‘ala’ ini telah melibatkan diri dalam arena futsal ketika berusia 14 tahun.
Wawa mengambil keputusan untuk lebih serius dalam sukan futsal setelah terpilih untuk beraksi bersama pasukan SUKMA Perak pada tahun 2013.
Gadis yang memakai jersi nombor 16 ini juga pernah bersama skuad bola sepak wanita kebangsaan di Kejohanan Bola Sepak AFF Wanita 2016 di Myanmar. Dia juga pernah bersama pasukan Perak FA di Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 di Miri, Sarawak.
Berbalik kepada persembahan peribadinya di LFK minggu lalu, Wawa berjaya menyumbangkan 2 gol peribadinya dalam 2 perlawanan di hari yang berbeza.
Namun begitu, minggu lalu Perak terpaksa akur dengan kekalahan tipis ke atas pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan, 5-4. Walaubagaimanapun, Perak bangkit kembali dengan meraih kemenangan besar ke atas PDRM dengan jaringan, 5-0.
“Kedua-dua pasukan bermain dengan bagus. Tetapi, keputusan memihak kepada Negeri Sembilan. Kami banyak melakukan kesilapan dan Negeri Sembilan bijak mengambil kesempatan.”
“Alhamdulillah kami bangkit semula menentang PDRM setelah Coach Nazim membuat sedikit perubahan dan menyuntik kembali semangat kami untuk terus berlawan”, katanya.
Berdasarkan carta kedudukan terkini, Perak menduduki tangga ke-5 liga pada musim ini. Menurut Wawa, pasukannya bermula dengan rentak yang perlahan. Namun begitu, mereka sedar akan perkara-perkara yang perlu di perbaiki.
“Kami sedang berusaha keras untuk perkuatkan pasukan”, tambahnya lagi.
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.