32 Pasukan Bakal Berentap Untuk 5 Slot Ke Liga Premier

Semalam telah diadakan majlis undian bagi Pusingan Kelayakan Liga Futsal IPT 2018 di IIUM, Gombak yang diketuai oleh En. Mohd Izwan Khairuddin, Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan) Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

32 pasukan telah menempah tempat dalam pusingan kelayakan dan telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Pusingan kelayakan ini akan diadakan di IIUM, Kuantan, Pahang pada 28 Mac sehingga 1 April 2018.

Walaubagaimanapun, hanya 5 pasukan yang layak sahaja yang bakal beraksi di Liga Premier bersama 7 pasukan yang kekal di liga iaitu KPTM Bangi, UNITEN Muadzam Shah, IIUM, UTHM, UUM, UiTM Pahang dan UMT.

Berikut adalah senarai 8 kumpulan yang bakal berentap di pusingan kelayakan:

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top