
Tuah Adik Iman Bersama Barangan TPDxPivo
On March 12, 2018 by WanShaTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang dapat diungkapkan kepada Adik Iman Hakimi. Adik Iman berusia 15 tahun yang menetap di Kampung Sri Aman, tidak menyangka dihubungi semata-mata untuk memberikan hadiah penghargaan kepadanya.
“Saya berasa sangat gembira”, katanya ketika dihubungi.
Kronologi kejadian:
Seorang staff AFM terserempak dengan seorang individu iaitu Adik Iman yang memakai jersi pasukan LFK Kuala Lumpur musim lalu bersama abangnya yang sedang membonceng motosikal di sekitar Puchong, Kuala Lumpur.
Lantas, dia mengambil gambar sekadar untuk berkongsi di group WhatsApp. Tetapi, daripada situ TPD dan PIVO mendapat idea untuk menghargai penyokong pasukan tersebut.
Gambar yang diambil tersebut di post di instagram rasmi Arena Futsal Malaysia (AFM) untuk mencari siapa si pemakai jersi tersebut. Ramai yang memberi respon di ruangan komen instagram AFM.
Akhirnya, individu tersebut dapat dihubungi. Jersi yang ditaja sepenuhnya oleh TPD dan topi snapback PIVO diserahkan oleh kapten pasukan Kuala Lumpur iaitu Arin Ismail kepada Adik Iman Hakimi di rumahnya.
The Printing Dudes atau dikenali sebagai TPD, tidak asing lagi dalam arena futsal tempatan. Hal ini kerana, mereka kerap menaja beberapa pasukan dalam Liga Futsal Kebangsaan (LFK) dan liga-liga luar.
Sempena LFK musim ini, mereka telah mendapatkan individu yang bertuah untuk dihadiahkan jersi musim baru pasukan Kuala Lumpur yang diserah secara langsung oleh pemain jersi nombor 6, Arin Ismail.
Tahniah diucapkan kepada Adik Iman!
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.