
Azri Rahman Selesa di Melaka United
On February 27, 2018 by WanShaBersama pasukan baru tidak menghalang Azri Rahman atau dikenali dengan panggilan Botak, untuk beraksi cemerlang di LFK 2018 minggu pertama tempoh hari.
Azri yang baru sahaja pulih dari kecederaan tidak menunggu lama apabila sudah berjaya menjaringkan 3 gol untuk Melaka United. 1 gol ketika menang 5-3 ke atas Felda United dan 2 gol di aksi menentang Selangor United MPSJ dengan kemenangan 5-2.
2 kemenangan ini membawa Melaka United gah di persada liga setakat ini.
Bertanya mengenai adaptasinya bersama pasukan baru, Azri tidak menghadapi masalah untuk membiasakan diri dalam pasukan ini. Hal ini kerana, dia sudah saling mengenali pemain-pemain lain dan pernah beraksi sekali sebelum ini.
“Walaupun kami sudah mengenali satu sama lain, kami masih perlu berusaha untuk meningkatkan lagi mutu permainan. Saingan LFK 2018 baru sahaja bermula dan kami perlu fokus untuk mengekalkan kejuaraan LFK musim ini”, kata Azri.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.