Malaysia Bangkit Tewaskan Jagoan Futsal Vietnam.
On February 1, 2018 by FixoDikala ada pihak yang melaungkan misi pasukan futsal Malaysia nampak mudah di saingan AFC ramai yang tidak mengetahui bahawa kita bukan pasukan pilihan apatah lagi dengan melangkah ke perlawanan pertama menentang pasukan piala dunia Vietnam.
Beraksi tanpa 4 tonggak utama iaitu Abu Haniffa yang digantung perlawanan, Azri Rahman yang dilanda kecederaan seminggu sebelum bertolak ke Taiwan, Akmarulnizam Idris yang terpaksa melupakan hasrat ke AFC kerana isteri beliau yang menunggu hari bagi melahirkan anak sulung dan Awaluddin yang melangsungkan perkahwinan sedikit memberi keresahan kepada coach Chiew Chun Yong.
Skuad kita sebenarnya tempang tanpa pemain-pemain ini. Tetapi semangat juang yang tinggi dan cukup berdisiplin dari semua aspek memberi impak. Pemain seperti Yazid Kamaruzuan dan Saiful Aula yang menggalas tugas memberikan aksi yang meyakinkan. Khairul Effendy tak usah lagi kita risau, beliau berada di level yang cukup mengujakan.
Walaupun ketinggalan pada minit akhir babak pertama, pasukan negara bagaikan harimau lapar dengan mengenepikan ego pasukan lawan dengan 2 gol jaringan Awaluddin Nawi. Dan lebih manis gol kemenangan hadir 2 saat sebelum perlawanan ditamatkan.
Tahniah kepada semua coaches dan pegawai pasukan negara. Jom fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Chinese Taipei dan Bahrain.
Kredit foto : Adam Ghazali/Sportflex
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.