Skuad Baru Terengganu FC
On January 21, 2018 by FixoJika sebelum ini pasukan ini lebih dikenali dengan panggilan T-Team FC tapi kini tiada lagi selepas pengurusan menjadikan ia sebagai Terengganu FC II. Selepas penjenamaan ini, pasukan futsal T-Team menjadi tanda tanya sama ada mereka akan terus beraksi di Liga Futsal Kebangsaan atau menarik diri.
Akhirnya mereka telah disahkan penyertaan di Liga Futsal Kebangsaan 2018 dengan membawa nama Terengganu FC. Nama baru, musim baru skuad mereka kali ini juga baru. Skuad Terengganu kali ini akan dibimbing oleh coach Mohd Shafily Jusoh atau lebih dikenali dengan panggilan coach Pili.
Kalau anda pengikut setia pasukan ini, coach Pili bukan satu nama asing lagi kerana dia merupakan bekas pemain pasukan T-Team dan merupakan kapten pasukan pada edisi tahun lalu.
Bertanya mengenai persediaan pasukan TFC untuk musim ini, coach Pili berkata semua persediaan berjalan dengan lancar sekarang. TFC mengambil langkah berani apabila menampilkan semua muka-muka baru untuk saingan kali ini
“Saya akan mempertaruhkan skuad muda untuk saingan liga nanti, iaitu skuad SUKMA Terengganu. Satu pendedahan yang baik untuk jangka masa panjang buat skuad muda kali ini.” kata coach Pili
Beliau berharap dapat membentuk generasi baru dengan pengalaman yang ada untuk mencapai satu kejayaan nanti.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.