Sukan Sea 2017 – Highlight Malaysia (3) – (4) Thailand – Lelaki

Perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia yang hanya memerlukan seri untuk dinobatkan juara Sukan Sea 2017 dan sekiranya kalah melebihi 2 gol kita akan jatuh pada kedudukan gangsa. ketinggalan 0 3 pada babak pertama bukanya penghalang. Babak kedua kita berjaya menggempur kubu pasukan nombor 16 dunia tersebut dengan cukup garang, Dengan kehadiran YB Khairi yang tidak lekang berdiri dan menjerit bagi memberi kan sokongan kita berjaya membedil pasukan Thailand dengan 3 gol tetapi sedikit terlambat.

Fakta menarik perlawanan terakhir ini, Thailand cukup berhati-hati dengan tentangan Malaysia, Mereka hanya bermain dengan 2 pair 7 pemain terbilang mereka dari skuad Piala Dunia, Pemain-pemain baru yang dibawa kesemunya tidak beraksi. Ini telah membuka mata semua, jurang antara kita semakin dekat.

Harini peminat menitiskan air mata kerana kegagalan ini, Tapi air mata anda tidak selamanya akan keluar. Ada hari giliran kita untuk melompat kegemilangan. Tungguuuuuuuuuu

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top