
Derak FC muncul Juara Kelantan Futsal League 2017
On September 25, 2017 by FixoPasukan Derak FC gah muncul juara edisi pertama Kelantan Futsal League 2017 selepas menewaskan pasukan Jordan dengan jaringan 3-1 pada aksi akhir tempoh hari.
Selaku juara Derak FC berjaya membawa hadiah wang tunai sebanyak RM 3000 dan juga piala pusingan manakala pasukan Jordan membawa pulang wang tunai RM 1500 selaku naib juara.
Liga yang bermula pada awal bulan Ogos ini menghimpunkan 18 pasukan amatur sekitar Kelantan untuk bersaing dalam bagi musim ini.
Apa yang boleh kami lihat, kemeriahan liga ini membuktikan bahawa Kelantan mempunyai banyak peminat futsal dan mempunyai pemain-pemain berbakat. Tidak mustahil Kelantan akan menjadi kuasa besar futsal satu hari nanti.
Menurut En. Saiful selaku organizer beliau mahu menjadikan KFL ini sebagai satu platform untuk anak-anak muda menonjolkan bakat dalam arena futsal sekaligus menaikkan mutu permainan futsal kearah lebih profesional dengan menyediakan sistem pengurusan yang teratur.
Liga liga amatur kini yang semakin menjadi pilihan di setiap negeri harap dapat diteruskan untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi satu hari nanti. Syabas, buat pihak organizer dan semua pasukan yang terlibat dalam edisi pertama Kelantan Futsal League ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.