
Tot United Sudah Bersedia Untuk Neymar Jrs Five!
On July 5, 2017 by Fixo53 negara, 104,228 pemain akan berkumpul di Kejohanan Dunia Neymar Jrs Five yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Ogos ini di Praia Grande Sao Paolo, Brazil. Sekali lagi buat kali kedua berturut-turut pasukan Tot United dari Kuala Lumpur akan membawa cabaran negara di Brazil nanti.
Pada edisi kali ini Tot United tampil dengan beberapa pemain baru dimana mereka diwakili oleh Hazizi Mansor, Azwann Ismail, Hazreen Mohamad Ali, Syed Aizad Daniel, Azri Rahman, Ali Mahat dan Abu Haniffa. Jika melihat daripada senarai pemain ternyata ini adalah barisan terbaik untuk memberikan saingan di Brazil nanti.
Menurut pengurus pasukan Tot United, Mohd Nizam Samsudin, beliau bangga kerana pasukannya akan membawa bendera negara di kejohanan ini buat kali kedua.
“Pada tahun lalu kita tewas di pusingan awal, namun kali ini kita lebih bersedia untuk memperbaharui pencapaian tahun lalu dan tidak mustahil kita mampu mendakap kejuaraan pada kali ini.”
“Kita telah belajar daripada kesilapan pada tahun lalu dan para pemain telah melakukan persediaan rapi sejak beberapa bulan ini terutama dari segi kecergasan yang sangat penting untuk memberi saingan kepada jaguh-jaguh dunia nanti”.
Kehadiran beberapa pemain kebangsaan bersama Tot United pada kali ini harap akan memberikan satu kekuatan buat pasukan ini di sana nanti. Pengalaman pemain lama dan pemain kebangsaan ini pastinya akan memberikan satu impak yang positif.
Kami di Arena Futsal Malaysia ingin mengucapkan semoga berjaya buat Tot United!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.