
Skuad Futsal Tak Gentar Thailand, Vietnam
On June 29, 2017 by FixoSkuad futsal negara yang sering dibayangi kekuatan Thailand dan Vietnam dijangka bakal tampil lebih mantap di saingan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur berdasarkan persiapan rapi pasukan itu sepanjang tahun ini.
Pengendali pasukan, Chiew Chun Yong berkata, anak buahnya cukup teruja untuk bersaing dalam temasya dwitahunan itu dengan mereka disasarkan menyumbang emas buat kontinjen negara.
Katanya, berdasarkan pencapaian setakat ini anak didiknya semakin menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.
“Penghalang kita pastinya datang dari Thailand dan Vietnam kerana mereka jelas berada satu anak tangga di depan kita.
Pencapaian terbaik pasukan futsal negara dalam saingan Sukan SEA adalah pada 2007 ketika Thailand menjadi tuan rumah dengan Malaysia meraih perak.
Jelasnya meskipun terdapat banyak perkembangan positif sepanjang tempoh persiapan pasukan, Chun Yong menegaskan masih banyak kerja harus dilakukan terutama dari aspek mental, kombinasi dan keyakinan diri.
“Tekanan memang ada sebab kita akan beraksi di halaman sendiri. Jadi, mental pemain kena kuat dan saya harap kita akan tampil lebih bersedia Ogos nanti,” katanya.
Artikel oleh Harian Metro
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.