Nasib Pemain Futsal Wanita Dinilai Selepas Bertemu Hong Kong

Perlawanan persahabatan menentang Hong Kong bakal menjadi penilaian terbaik jurulatih futsal wanita negara, Muizzuddin Harris, terhadap anak buahnya selepas dua minggu menjalani latihan pusat untuk Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.

Skuad yang memulakan latihan sejak 26 Mei lalu itu bakal diuji dengan menentang Hong Kong bermula esok dan Isnin sebelum menamatkan latihan pada Jumaat ini.

Muizzuddin setakat ini berpuas hati dengan komitmen yang diberikan barisan pemain apabila mampu menyesuaikan diri dengan latihan sepanjang Ramadan, terutama daripada segi mental dan fizikal.

Kecergasan juga berada pada tahap memuaskan di mana dia menuntut aksi sebenar pemain dalam aksi persahabatan itu sebelum menilai 14 barisan terbaik untuk dikekalkan dalam skuad Sukan SEA.

“Ada peningkatan semua pemain daripda aspek ketahanan fizikal dan mental, maklumlah latihan dalam bulan puasa ini begitu mencabar. Alhamdullillah, pemain dapat menyesuaikan diri dengan semua ini,” kata Muizzuddin.

Tambahnya, hanya tiga pemain yang mengalami kecederaan, namun makin pulih untuk kembali berlatih, iaitu kapten pasukan, Farahiyah Muhd Ridzuan, Nur Ain Shafika dan Fatin Shahida Azmi.

“Setakat ini ada tiga pemain mengalami kecederaan yang serius. Selepas dua minggu ini, saya melihat ada pemulihan yang cukup baik daripada pemain tersebut.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top