Fasa 2 Liga Futsal IPT 2017
On April 27, 2017 by FixoLiga Futsal IPT 2017 memasuki fasa 2 yang akan berlangsung bermula esok sehingga 1 Mei 2017 ini. Dua lokasi kejohanan akan digunakan bagi fasa 2 ini iaitu di UMT dan juga UniSZA.
Seperti kita tahu 8 pasukan berentap di Liga Super dan pasukan juara bertahan UiTM kini berada di tangga pertama liga diekori rapat pasukan UPSI ditangga kedua liga.
Fasa kedua ini pasti memberikan satu saingan yang lebih menarik dan dijangkakan beberapa keputusan kejutan akan terjadi di fasa ini berikutan sudah pasti kesemua pasukan tampil dengan lebih bersedia pada kali ini.
Bagi aksi di liga premier pulak pasti lebih menarik di fasa ini apabila 7 pasukan yang tidak beraksi di fasa 1 tempoh hari akan beraksi di fasa ini. 7 pasukan berikut adalah UiTM, Politeknik Pahang, Politeknik Selangor, Politeknik Negeri Sembilan, Politeknik Johor, Politeknik Melaka dan Politeknik Terengganu.
Pasukan ini tidak dapat sertai fasa 1 tempoh hari berikutan sedang menghadapi minggu peperiksaan.
Saingan baru dan sengit akan kita lihat di fasa kedua ini. Semoga berjaya kepada kesemua pasukan yang beraksi.
Kedudukan terkini Liga Futsal IPT 2017
Foto : Liga Futsal IPT
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.