20 Pemain U20 Sertai Kem Latihan Pusat Terakhir Menjelang AFC U20
On April 24, 2017 by Fixo20 pemain U20 akan melaporkan diri di kem latihan pusat fasa 3 dan yang terakhir bagi persiapan menjelang kejohanan futsal AFC u20 yang akan berlangsung di Thailand pada 16-26 Mei 2017 ini.
Ini adalah kejohanan sulung buat pasukan futsal kebangsaan bagi kategori U20 di peringkat antarabangsa. Pasukan kebangsaan telah diundi berada di kumpulan A bersama-sama pasukan Thailand, Iraq, Brunei, Afghanistan dan juga Bahrain.
Pasukan ini akan dikendalikan oleh ketua jurulatih iaitu Coach Chiew Chun Yong. Menurut beliau, perancangan untuk pasukan ini sudah disediakan dengan rapi dan beliau berharap kesemua pemain yang dipanggil sudah bersedia untuk menghadapi latihan dan kejohanan ini.
Berikut merupakan senarai akhir 20 pemain U20 yang dipanggil ke kem latihan pusat.
- Muhammad Nurasyraaf Mohamad Azle (Kuala Lumpur)
- Mohd Farid Lokman (Kuala Lumpur)
- Muhammad Farhan Khairul Anuar (Kuala Lumpur)
- Aiman Fikri Ramli (Kuala Lumpur)
- Mohd Awalludin Mat Nawi (Perak)
- Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak)
- Mohamad Umarul Hakimi Mohd Nasarudin (Perak)
- Nur Hazim Suleiman (Perak)
- Mohammad Fadilah Raj Kafor (KL City)
- Muhammad Affiq Miswan (KL City)
- Muhammad Amirul Sugito (KL Petaling Putra)
- Shah Azman Ekmal (KL Petaling Putra)
- Ahmad Aqil Khalis (Kelantan)
- Iskandar Harun (Sarawak)
- Syahril Ezuwan Sadre (Selangor)
- Muhammad Saad Sani (Melaka United)
- Muhammad Aidil Shahril Rosli (Felda United)
- Mulhim Muqri Faisal (PB Melayu Malaysia)
- Ahmad Harith Naim (Kuantan Rangers)
- Fakhrul Islam Anizam (Politeknik Shah Alam)
Foto : FAM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.