Pengadil Futsal Australia dipilih untuk menghadiri Darul Ehsan Futsal Cup


Brad Drummond telah dipilih menjadi salah seorang pengadil untuk kejohanan Darul Ehsan Futsal Cup (DEFC) yang akan berlangsung pada 12 hingga 16 Julai nanti, di Uptown Sports Bandar Baru Bangi.

Brad yang memiliki Gold Badge baru sahaja menjadi pengadil sejak tahun 2013, memutuskan untuk memberi perhatian sepenuhnya menjadi pengadil daripada bermain futsal dan pernah mengadili kejohanan National School & Club Titles di Australia sebelum ini. Beliau merupakan salah seorang pengadil termuda dari Australian Futsal Association (AFA).

AFA berharap Brad dapat melakukan tugasannya dengan baik di kejohanan DEFC.

Segala info berkenaan DEFC anda boleh dapati di www.facebook.com/darulehsanfutsalcup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top