
Pasukan Futsal Malaysia Diundi di Kumpulan A Bagi Kejohanan AFC Futsal U20
On March 30, 2017 by FixoBuat julung kalinya kejohanan futsal AFC U-20 diadakan pada tahun ini. Kejohanan ini diwujudkan adalah sebagai satu langkah jangka masa panjang bagi pembangunan futsal di Asia yang kini kita lihat semakin berkembang pesat dan bertambah maju.
Bagi edisi sulung ini sebanyak 21 pasukan telah mengesahkan penyertaan dan mereka terbahagi kepada 4 kumpulan. Sebentar tadi baru sahaja berlangsung majlis udian kumpulan di Bangkok,Thailand dimana mereka merupakan tuan rumah bagi edisi sulung ini.
Pasukan futsal Malaysia U20 telah diundi di kumpulan A bersama gergasi besar futsal di Asia iaitu Thailand, Iraq, Brunei, Bahrain dan Afghanistan.
Jika mengikut atas kertas pasukan futsal Malaysia mungkin menghadapi laluan sukar bagi kejohanan ini namun ia masih awal untuk kita menilai memandangkan rata-rata kesemua pasukan membuat penampilan pertama bersama pasukan U20.
Kejohanan ini akan berlangsung pada 16 – 26 May 2017 ini di Bangkok, Thailand.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.