3 Muka Baru Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Pasukan Futsal Wanita

Setelah menilai kesemua perlawanan kategori wanita pada minggu pertama Liga Futsal Kebangsaan 2017 tempoh hari, ketua jurulatih baharu pasukan futsal wanita kebangsaan iaitu Muizzudin Mohd Haris telah menyenaraikan 20 pemain untuk dipanggil menyertai kem latihan pusat fasa 4. Daripada 20 pemain tersebut 3 pemain baru berjaya menarik perhatian Muizzudin untuk turut disenaraikan ke latihan pusat ini. 3 pemain tersebut adalah Intan Sarah Zulgafli (Perak), Nur Aisyah Tahir (Perak) dan Masyita Tajib (Felda United)

 Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 27 Februari hingga 8 Mac depan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dan ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017

Berikut merupakan senarai 20 pemain wanita yang dipanggil.

  1. Siti Asnidah Zamri – Felda United
  2. Zur’ain Kamarudin – Felda United
  3. Nor Faizah Md Akhir – Felda United
  4. Farahiyah Muhd Ridzuan – Felda United
  5. Norhawa Md Yasin – Felda United
  6. Nur Shazreen Munazli – Felda United
  7. Hanis Farhana Shamsul Azizan – Felda United
  8. Fatin Shahida Azmi – Felda United
  9. Masyita Mohd Tajib – Felda United
  10. Zawani Nisha Habib Rahman – Felda United
  11. Farah Najihah Abdul Aziz – Felda United
  12. Nur Izzati Khairudin – Felda United
  13. Amirah Sarah Mohd Fahmi – Kuala Lumpur
  14. Sity Norazizah Jamal – Kuala Lumpur
  15. Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh – Kuala Lumpur
  16. Intan Sarah Anisah Zulgafli – Perak
  17. Noorasyeimah Mohamad Rashid – Perak
  18. Nur Aisyah Mohd Tahir – Perak
  19. Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri – Perak
  20. Nuraiin Shafika Omar – Perak

Sementara itu, lima pemain – Nur Izwani Azman (Felda United), Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Perak), Noor Asyikin Mohamad Noor (PDRM), Naziratul Amira Ahmad Nasri (Kuala Lumpur) dan Fasrina Amira Abdullah (Kuala Lumpur) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top