
Perak Idam 3 Tempat Terbaik Di LFK 2017
On February 11, 2017 by FixoPasukan Perak mensasarkan peroleh 3 tempat terbaik bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita di Liga Futsal Kebangsaan 2017 ini yang bermula hari ini.
Persediaan pasukan ini pada musim ini dilihat lebih rapi dan bersedia dengan kemunculan pasukan pelapis Perak B19 tahun.
Bagi musim ini Perak mengekalkan majaroti pemain musim lepas dengan membawa masuk 6 pemain dari Perak B19 tahun yang menjuarai Piala Iskandar Dzurkarnain Disember lepas.
Perak juga berjaya mendapatakn khidmat pemain baru seperti Wan Black, Shami, Adam, Edot, Umer dan dua pemain yang belum pernah merasai LFK iaitu Foo Eugene dan Zechary Chee King Zheng.
Menurut pengurus pasukan Perak, Wan Fadzli Izam pasukan Perak lelaki mensasarkan peroleh kedudukan 3 terbaik sekaligus memperbaiki kedudukan musim lepas.
Bagi pasukan wanita mereka mendapat suntikan moral apabila YM Syed Saifullah Bin Omar Alsagoff dilantik menjadi pengurus musim baru ini.
Nazim Din selaku pengarah teknikal juga akan mengawasi pasukan ini dengan dibantu oleh Hafez, Zaidi dan Azizi serta bekas penjaga gol kebangsaan Yanti.
Pasukan wanita Perak juga menyasarkan kedudukan tiga terbaik dan memperbaiki kedudukan musim lepas.
Semoga berjaya buat pasukan Perak.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.