
Penentuan Terakhir. Siapa Bakal Juara?
On January 24, 2017 by FixoPenentuan terakhir kumpulan B akan berlangsung esok dimana pertemuan Harimau Malaysia dan pasukan Myanmar akan menentukan juara kumpulan B.
Perlawanan yang akan berlangsung pada jam 3 petang (waktu Malaysia) esok dijangka sengit dimana kedua-dua pasukan pasti ingin mencari kemenangan untuk mengelak daripada berjumpa pasukan Thailand di separuh akhir.
Kini pasukan Malaysia berkongsi 6 mata bersama Myanmar namun Biarpun Malaysia memiliki kelebihan perbezaan gol yang lebih besar berbanding Myanmar untuk mendahului tangga teratas Kumpulan B selepas dua perlawanan.
Bagi Chiew Chun Yong ketua jurulatih pasukan Harimau Malaysia beliau menjangkakan akan menggunakan tektikal dan strategi yang sama untuk perlawanan esok namun ia bergantung kepada corak permainan yang ditunjukkan pihak lawan.
“Saya lihat Myanmar adalah pasukan yang sederhana tetapi sudah banyak meningkat. Cara permainan bertahan mereka cukup baik dan menggunakan taktik serangan balas. Cuma disiplin mereka bertahan itu yang sedikit membimbangkan dan kita perlu cari jalan untuk mengatasinya” kata Chun Yong.
“Bagi perlawanan esok kita tidak akan main untuk memburu keputusan seri dan sudah tentu kami akan tetap bermain sehabis baik esok untuk memenangi perlawanan bagi mengekalkan momentum pasukan menjelang aksi separuh akhir”.
Beliau juga turut memberikan komen mengenai kemenangan pasukan Myanmar keatas pasukan Indonesia sebentar tadi.
“Sudah tentu bukan satu kejutan Myanmar dapat menewaskan Indonesia kerana saya dapat lihat yang moral pasukan Indonesia sama sekali menurun pada perlawanan hari ini selepas mereka tewas dengan Malaysia, semalam. Semuanya tidak menjadi dan nampak mereka seperti sudah hilang semangat.” kata beliau.
Semoga urusan pasukan Harimau Malaysia dipermudahkan dan peroleh kemenangan ketiga esok. Ayuh Malaysia. !
Kredit foto : SMM Futsal Thailand
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.