
Harimau Malaysia Kekalkan Momentum Kemenangan
On January 24, 2017 by FixoPasukan futsal Harimau Malaysia terus mengekalkan rentak kemenangan di Kejohanan Futsal AFF 2016 apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Laos sebentar tadi.
Akmarulnizam Idris tidak menunggu lama apabila berjaya peroleh gol pertama seawal minit pertama perlawanan bermula.
Tersentak dengan gol awal tersebut pasukan Laos cuba untuk memberikan tentangan namun anak-anak buah Chiew Chun Yong terus memberikan tekanan dan gol demi gol mereka berjaya peroleh dan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 7-0.
Masuk separuh masa kedua Harimau Malaysia tidak memberikan peluang kepada pasukan Laos apabila mereka terus bermain dengan corak high pressing. 5 Gol berjaya diperoleh pada separuh masa kedua dan pasukan Harimau Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 13-1.
Gol-gol Harimau Malaysia adalah menerusi hatrik Ridzwan Bakri, dua gol melalui Akmarulnizam Idris, Khairul Effendy Bahrin dan Abu Haniffa Hassan serta masing-masing satu gol Azri Rahman, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Awaluddin Hassan dan Awalludin Mat Nawi.
Menurut ketua jurulatih Chiew Chun Yong beliau ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pemain kerana telah beraksi dengan baik pada hari ini.
“Saya rasa pemain kita pada hari ini telah melakukan tugas dengan baik. Biarpun Laos bukanlah pasukan yang agak kuat, tapi itu tidak bermakna yang kita boleh ambil mudah perlawanan ini.
“Ini kerana, saya mahu pemain mencuba beberapa taktikal sebagai persediaan untuk berdepan Myanmar, esok. Mereka telah melakukannya dengan baik dari segi taktikal dan sistem permainan, Kata beliau.
Bagi perlawanan terakhir Kumpulan B esok, Malaysia akan bertemu Myanmar untuk menentukan juara kumpulan.
Kredit foto & Sumber : FAM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.