
Benteng Terakhir Harimau Malaysia – Firdaus Razali
On January 22, 2017 by Fixo
Mohd Firdaus Razali sekali lagi akan menjadi benteng terakhir bagi pasukan futsal Harimau Malaysia untuk kejohanan futsal AFF 2016.
Pengalaman pemain senior ini masih diperlukan oleh Chiew Chun Yong sebagai pilihan penjaga gol untuk pasukan beliau.
Mohd Firdaus Razali ketika dihubungi beliau memberi tahu setakat ni persiapan pasukan berjalan lancar. 3 perlawanan persahabatan sebelum ini sangat membantu untuk persiapan menjelang kejohanan futsal AFF 2016 yang akan bermula esok.
“Bagi perlawanan pertama esok say lebih suka jika kita dilihat sebagai pasukan “underdog”. Banyak juga komen mengatakan Indonesia lebih baik, tetapi bagi saya itu semua cabaran yang harus diambil oleh semua pemain untuk membuktikan keupayaan sebenar pasukan Malaysia.” kata Firdaus
“Pertemuan dengan pasukan Indonesia esok sangat penting dan saya mengharapkan kemenangan untuk memudahkan perjalanan pasukan Malaysia dalam AFF kali ni” tambahnya.
Kapten pasukan futsal Malaysia ini mengharapkan rakan sepasukan tampil dengan cara yang berbeza pada kali ini.
Para pemain harus lebih agresif,lebih bijak dan lebih semangat untuk memulihkan maruah pasukan futsal Malaysia.
Akhir kata dari Firdaus beliau berharap semoga permulaan tahun baru 2017 memberi sinar yang terbaik untuk merialisasikan impian pemain futsal Malaysia untuk membawa futsal ke tahap yang lebih tinggi.
Selain daripada Firdaus, seorang lagi penjaga gol berpengalaman turut berada dalam pasukan ini iaitu Azrul Hadee. Semoga berjaya buat kedua penjaga gol ini dan juga kepada pasukan Malaysia.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.