Setiap tahun pusingan kelayakan pasti menjadi buruan bagi pasukan pasukan baru untuk memberi cabaran di Liga Futsal Kebangsaan kelak.

Dimana peluang ini digunakan buat pasukan baru untuk mencuri slot yang diberikan untuk beraksi di Liga nanti.

Pusingan kelayakan ini juga sudah pasti akan menjadi platform juga untuk pasukan sedia ada menilai bakat-bakat baru untuk ditawarkan bermain bersama pasukan mereka.

Namun pada kali ini masih menjadi spekulasi adakah ia akan dijalankan atau tidak ekoran beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak penganjur.

Setelah pasukan Selangor MPSJ menarik diri untuk musim akan datang sudah pasti slot itu akan menjadi rebutan pasukan lain.

537956_4615396016181_2103474863_n

Sehingga kini masih tiada kata putus daripada pihak penganjur mengenai isu ini dan masih menjadi penatian pasukan baru yang berminat untuk memberikan saingan.

Jika dilihat beberapa pasukan baru yang sudah memasang lampu hijau dimana mereka dikatakan sudah melakukan persediaan walaupun belum ada kata putus dari pihak penganjur.

Untuk memeriahkan lagi liga ini wak berharap penganjuran pusingan kelayakan harus diadakan.

Kredit foto : Sufian Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top