
Chonburi Bluewave juara liga futsal Thailand
On October 20, 2016 by FixoKehilanggan Raja Thailand , Bumibhol Adulyadej pada minggu lepas tampak memberikan satu kesan yang tinggi buat semua warga Thailand. Malah Thailand telah mengumumkan tempoh selama setahun untuk berkabung atas pemergian Raja mereka dan segala aktiviti hiburan juga dilarang lakukan untuk tempoh setahun.
Oleh sebab itu, Thailand juga telah menarik diri dari menganjurkan Kejohanan AFF Futsal 2016 yang dijadualkan bermula pada 31 oktober ini. Persekutuan Bola Sepak Thailand (FAT) turut menghentikan serta merta Liga Bolasepak mereka dan juga Liga Futsal Thailand.
Liga Futsal Thailand yang baru memasuki pusingan kedua telah ditamatkan untuk musim ini dan pasukan Chonburi Bluewave telah dinobatkan selaku juara liga musim ini ekoran berada di tangga pertama liga dengan 42 mata. Manakala pasukan Thai Port berada di tangga kedua diekori oleh pasukan Bangkok BTS di tangga ketiga.
Kemenangan ini membuatkan pasukan Chonburi Bluewave sekali lagi akan membawa nama Thailand di Kejohanan futsal Kelab AFC pada tahun depan manakala pasukan Thai Port akan bertanding di Kejohanan futsal kelab AFF.
Pada tahun lalu Felda United telah membuktikan mereka mampu memberi saingan bersama pasukan lain apabila muncul naib juara di Kejohanan futsal kelab AFF.
Namun kini masih menjadi tanda tanya mampukah dan bila kita dapat lihat pasukan dari Malaysia dapat kembali bermain di kejohanan ini.
Foto kredit : Chonburi Bluewave FB
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.