
Puchong Fuerza mahu bawa pulang piala ke tanah air
On May 4, 2016 by FixoPasukan Puchong Fuerza yang menjadi juara kejohanan futsal Kia Champ Into The Arena baru-baru ini bakal memikul tanggungjawab yang tinggi apabila mereka akan membawa nama Malaysia di peringkat dunia. Pasukan yang berasal dari Puchong ini telah membuat kejutan di kejohanan ini apabila mereka berjaya mengetepikan beberapa pasukan pilihan dan ia membuktikan bahawa pasukan-pasukan amatur di Malaysia kini semakin baik dari corak permainan dan tektikal walaupun mereka bukan pasukan professional.
Wartawan Arena Futsal Malaysia Berjaya untuk menemubual pengurus pasukan ini Encik Azrul Izwan Abdul Rahim.
AFM : Boleh ceritakan sedikit mengenai pasukan anda
AIAR : Kami ditubuhkan lebih kurang 6 tahun yang lepas dimana kami bermula dengan 7 pemain sahaja, Alhamdulillah setelah 7 tahun kini kami mempunyai 12 pemain yang bermain untuk pasukan Puchong Fuerza, malang bagi kami team kedua kami tewas di pusingan kedua tempoh hari. Bagi saya sifat kekeluargaan kami adalah sumber kekuatan pasukan kami, pelbagai rintangan kami hadapi bersama,suka duka kami bersama di dalam gelanggang mahupun di luar gelanggang, sifat kekeluargaan ini adalah tunjang kekuatan pasukan kami. Dari mulanya ditubuhkan pasukan kami semuanya rakan-rakan dari Puchong sahaja sehingga la keputusan kami membawa beberapa pemain dari luar puchong bagi memantapkan pasukan membawa hasil dan kejayaan pada pasukan.
AFM : Selaku juara kejohanan ini , bagaimana persediaan pasukan sebelum kejohanan Kia Champ Into The Arena yang berlangsung di Sport Planet Ampang hujung minggu lalu.
AIAR : Secara jujurnya kami tidak mempunyai masa untuk membuat latihan atas sebab kesibukan bekerja dan komitmen terhadap keluarga, tetapi kami akan berjumpa pada setiap hari minggu untuk menyertai kejohanan amatur yang diadakan di sekitar lembah klang. Walaubagaimanapun untuk kejohanan kali ni semua pemain bersetuju untuk membuat latihan dan melakukan beberapa persahabatan bersama dgn kelab-kelab amatur yang lain sekitar lembah Klang untuk meningkatkan stamina dan juga persefahaman para pemain dari segi taktikal untuk kejohanan ini kerana kami percaya tanpa usaha tiadalah kejayaan. Alhamdulillah pengorbanan kami membuahkan hasil yang memang tidak diduga, syukur.
AFM : Bagaimana tentangan yang diterima sepanjang kejohanan dan perlawanan manakah paling sukar untuk ditentang.
AIAR : Bagi kami tahun ini adalah yang paling mencabar sekali berbanding kejohanan yang Kia anjurkan sebelum ini , kerana Kia membenarkan 2 pemain import untuk menyertai kejohanan ini, dengan peraturan baru ini memberi kami sedikit tekanan kerana semua pemain kami adalah pemain tempatan tetapi ia tidak sedikit pon mematahkan semangat kami untuk berjuang. Kalau nak diikutkan tentangan dari semua pasukan yang bertanding kali ini adalah hebat-hebat belaka. Kami tidak boleh memandang rendah pada mana-mana pasukan, kami menghormati setiap pasukan yang melawan kami. Semua pasukan mempunyai peluang yang sama rata cuma rezeki menyebelahi pasukan saya yang bermain mati-matian dari peringkat grouping sampai ke peringkat final. Pada pendapat saya perlawanan yang paling sengit semestinya dari pusingan ketiga bertemu TOT B suku akhir melawan RG ,separuh Akhir melawan MBC dan juga peringkat akhir melawan MAC FC. Walaupon kami serba kekurangan pemain dengan hanya membawa 6 orang pemain sahaja tapi jiwa pemain saya yang besar memberi kemenangan pada kejohanan kali ini.
AFM : Pasukan Dani FC telah mendapat naib johan di Kejohanan dunia sebelum ini pada tahun 2014, adakah pasukan Puchong Fuerza bakal mengulangi pencapaian ini .
AIAR : Pasukan Dani FC satu pasukan besar dalam industri futsal Malaysia, memang tidak boleh dibandingkan pasukan kami dengan mereka kerana kekuatan kami adalah berbeza tapi saya berjanji apa pun keputusan perlawanan di sana apabila pemain saya memakai baju berlencana Malaysia didada saya akan pastikan mereka memberikan segalanya hingga ke titisan darah yang terakhir untuk membanggakan nama Malaysia, itu janji saya. in sha Allah.
AFM : Boleh komen sedikit mengenai kejuaraan Kia Champ Into Arena ini?
AIAR : Kejohanan Kia champ into arena memang patut dipuji kerana memberi peluang pada semua pemain dalam Malaysia untuk menunjukkan bakat bermain futsal. Jarang sekali penganjur untuk menganjur kejohanan yang berprestige dan sebesar ini yang menawarkan hadiah lumayan serta dapat ke Euro untuk mewakili Malaysia. Kami berharap kejohanan seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang untuk pembangunan futsal di Malaysia. Kejohanan ini juga dapat menggilap bakat-bakat baru pemain utk diserapkan ke tahap yang lebih tinggi jika diberi peluang. Di harap juga kejohanan seperti ini dapat diiktiraf oleh semua pihak
AFM : Harapan untuk pasukan menjelang kejohanan dunia nanti.
AIAR : Harapan saya sebagai pengurus sama sahaja dgn pengurus yang lain, ingin membawa balik piala ke tanah air kita. Itu yg saya harapkan,kami pergi ke sana untuk membawa kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia, in sha Allah.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.