Pemain kebangsaan beri tunjuk ajar kepada pemain cilik.
On March 31, 2016 by FixoSatu inisiatif yang baik apabila Subang Jaya Youth Academy (SJYA) dengan kerjasama Fancy Futsal telah menjalankan klinik futsal sehari di Ferro Futsal Bukit Rambai, Melaka hujung minggu yang lalu. Penganjuran ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat bagi kedua dua pihak ini.
Klinik yang berlangsung selama 3 jam ini menyaksikan 30 kanak-kanak lelaki daripada kawasan Melaka mengikuti program yang diadakan secara percuma ini. Mereka telah menjalani kaedah latihan SJYA yang meliputi asas-asas futsal seperti corak permainan dan teknik permainan yang betul.
Menurut jurulatih SJYA Zulhairi Zulkifli program ini adalah inisiatif kerjasama kami dalam usaha untuk memberikan pendedahan terbaik kepada kanak-kanak ini. beliau juga berkata banyak bakat bakat muda yang ada terutama di Melaka ini untuk diketengahkan.
Apa yang menarik klinik futsal sehari ini telah disertai oleh pemain pemain ternama seperti Khairul Effendy Bahrin, Saiful Nizam, Qaiser Heshaam, Ali Mahat, Abu Haniffa, Azrul Hadee serta Azrisham. Kesemua pemain ini telah turun untuk memberikan satu semangat buat pemain pemain cilik ini selain memberikan tunjuk ajar.
Untuk makluman Subang Jaya Youth Academy adalah satu akademi yang berpusat di Subang Jaya. Ia ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada pemain futsal berumur diantara 11 tahun hingga 14 tahun untuk belajar bermain futsal dengan cara yang betul. Pemain yang menyertai akademi ini akan diberikan panduan dan didikan yang betul daripada jurulatih yang terlibat diketuai oleh Azlan Hateem dan beberapa pemain kebangsaan.
Berita baik buat pemain pemain muda ini, bagi mereka yang berminat untuk menyertai akademi ini, sesi latihan pertama anda adalah percuma. Latihan akan dijalankan setiap hari sabtu di Ferro Futsal Subang Jaya. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi 018-2629488 (Coach Azlan) 012-3980167 (Coach Harry) untuk info yang lebih lanjut.
Foto Kredit : Subang Jaya Youth Academy
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.