
Awie Idam Bermain Di Peringkat Tertinggi
On February 25, 2016 by Wak FaizalSeperti kita tahu Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pendidikan Tinggi memainkan peranan yang penting dalam industri futsal di Malaysia. Selain memeriahkan lagi industri ini, kejohanan ini juga menjadi tapak permulaan dan membuka peluang buat para pemain muda yang terdiri dari kalangan pelajar institut pengajian tinggi. Tidak dinafikan lagi apabila melalui kejohanan ini ia telah melahirkan ramai produk pemain yang berkualiti. Antara pemain yang pernah bermain di kejohanan ini adalah seperti Yazadh Amri, Zulhairi Zulkifli,Fawzul Hadzir, Saiful Nizam, Khairul Effendy dan ramai lagi.
Pada edisi tahun lepas kami tertarik dengan beberapa muka baru yang kerap dipanggil ke latihan pusat pasukan Pusat Sukan Tumpuan (PST) yang merupakan pasukan yang terdiri daripada gabungan pemain institut pengajian tinggi. Crew Arena Futsal Malaysia berpeluang untuk menemubual salah seorang pemain pasukan PST yang dikenali dengan panggilan Awie.
Nama: Muhammad Syazwie bin Mohd Shafee (Awie)
Umur: 23 tahun
Tarikh Lahir : 26/8/1993
Asal: Kuantan, Pahang.
Idola : Akmarul Idris @ Beck (Pahang/Malaysia)
Sekolah : Smk Saint Thomas, Kuantan
Universiti : UITM Seremban 3, Negeri Sembilan
AFM : Boleh ceritakan sedikit bagaiman karier anda sebagai pemain futsal bermula?
A : Saya mula berjinak dalam futsal pada umur 16. Bermula secara suka suka main di kawasan taman. Kemudian pada umur 20 tahun bakat saya telah dikesan oleh barisan kejurulatihan pasukan Pahang dan saya berpeluang untuk mewakili pasukan Pahang di Kejohanan Sukma pada tahun 2013 di Kuala Lumpur dan Alhamdulillah saya berjaya membawa pasukan meraih pingat gangsa. Kemudian setelah menyambung pelajaran di UiTM dalam bidang sains sukan saya mula berjinak dalam liga IPT sehingga sekarang dari tahun 2013 dan saya pernah menjadi pemain terbaik liga IPT tahun 2013 di Sarawak. Rezeki buat saya sehingga kini saya masih diberi peluang untuk menyertai pasukan PST.
AFM : Anda pernah bersama pasukan PST ke Bangkok, Thailand untuk beberapa latihan dan perlawanan persahabatan di sana. Boleh anda kongsi pengalaman anda di sana?
A : Pengalaman di Bangkok adalah pengalaman yang sangat bermakna buat saya dan rakan sepasukan yang lain. Kami dapat bermain dengan pemain professional Thailand yang sebelum ni kami hanya dengar nama dan melihat mereka bermain sahaja. Bila dapat bermain bersama, dapat pengajaran dan benda baru dalam futsal. Saya juga dapat bermain dengan pemain kebangsaan Thailand Jetsada dan ia bukan satu perkara yang mudah sebab dia pernah menjadi pemain terbaik Asia dan banyak yang beliau kongsi dan ajar pada kami.
AFM : Boleh kongsikan sedikit pengalaman manis anda sepanjang anda bermain futsal sehingga kini?
A : Selain berpeluang ke negara jiran untuk bermain di sana, pengalaman manis yang saya tidak boleh lupakan adalah membawa pasukan UiTM menjuarai Masum dan Liga IPT pada tahun lepas. Ia saat yang paling manis. walaupun skuad pada tahu lepas adalah skuad yang baru namun kami berjaya memenangi kejohanan tersebut.
AFM : Sebagai seorang pelajar bagaimana anda bahagikan masa berlajar dan bermain?
A : Setakat ni, masa belajar dan bermain adalah seimbang. Kalau ade game, saya akan catch up balik dengan rakan. Mereka juga yang banyak membantu saya dalam pelajaran. Alhamdulillah saya bersyukur keluarga saya juga banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan.
AFM : Harapan anda untuk karier anda?
A : Harapan saya jika diberikan peluang saya ingin bermain di liga yg lebih tinggi seperti Liga Futsal Kebangsaan, untuk menapakkan nama di sana dan lebih di kenali oleh jurulatih pasukan yang lebih hebat dan ingin menyarung jersi Malaysia suatu hari nanti.
Kredit foto : Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.