
“Kita Menang Sama-Sama, Kita Kalah Pun Sama-Sama” Ayuh Malaysia..!!
On February 11, 2016 by Wak FaizalImpian dan harapan rakyat Malaysia untuk melihat Pasukan futsal negara layak ke Piala Dunia Futsal di Colombia pada bulan October ini bakal bermula malam ini dimana skuad futsal negara akan beraksi di perlawanan pertama kejohanan futsal AFC di Tashkent,Uzbekistan menentang pasukan futsal Australia pada jam 10 malam ini. 5 pasukan terbaik daripada kejohanan ini akan melayakkan mereka ke Piala Dunia.
Pertemuan pertama mereka pada tahun ini pasti akan menyaksikan satu perlawanan yang sengit dan menarik. Jika dilihat atas rekod pertemuan mereka sebelum ini tampak ia menyebelahi pasukan futsal Australia malah pada perlawanan terakhir mereka skuad futsal negara tewas 6-2 di pusingan separuh akhir kejohanan futsal AFF 2015 di Thailand.
Namun rekod pertemuan itu semua hanyalah sejarah, jika dilihat mengenai perkembangan pasukan skuad negara melalui perlawanan persahabatan dan persediaan mereka, mereka mampu memberikan satu kejutan di kejohanan ini. Skuad futsal negara pada kali ini bakal diperkuatkan dengan kehadiran 3 pemain baru yang bakal menyarung jersi. Pemain yang dimaksudkan itu adalah Afif Asyraf (MPSJ), Azri Rahman (Felda United) dan Addli Che Husin (Melaka). Menurut pembantu jurulatih skuad futsal negara coach Addie Azwan beliau yakin skuad futsal negara mampu peroleh kemenangan pada malam ini.
“Sekarang hanya terpulang kepada player, jika mereka focus dan kurang melakukan kesilapan di dalam court mereka mampu memenangi perlawanan mala mini” ujar beliau.
Bagi pasukan Futsalroos yang dibimbing oleh Robert Varela, daripada 14 pemain yang dibawa beliau ke kejohanan ini hanya 6 sahaja pemain yang beraksi di kejohanan AFF tahun lalu dan selebihnya adalah muka baru. Ini adalah satu risiko yang diambil oleh ketua jurulatih pasukan futsal Australia ini bagi menghadapi kejohanan ini.
Namun kehadiran 6 pemain senior yang berada di dalam skuad kali ini perlu diberikan perhatian kerana pengalaman dan skill individu mereka mampu memusnahkan harapan skuad negara sekali lagi. 6 pemain yang dimaksudkan itu adalah Jarrod Basger, Daniel Fogarty, Tobias Seeto, Gregory Giovenali, Angelo Konstantinou (gk), dan Peter Spathis (gk). Daniel Fogarty pemain berjersi nombor 10 antara pemain yang menyerlah ketika kejohanan AFF tahun lalu dimana beliau juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 12 jaringan.
Semoga skuad futsal negara mampu memberikan satu persembahan yang menarik malam ini dan memenangi perlawanan ini. Semoga berjaya buat mereka.
#ayuhmalaysia #roadtoworldcup
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.