Kuala Lumpur 1 – Uji Potensi Generasi Baru

Pasukan Kuala Lumpur 1 memulakan kempen MPFL Divisyen 2 2025 dengan pendekatan berbeza apabila menampilkan skuad yang majoritinya terdiri daripada pemain muda hasil pembangunan akademi kelab.

Dengan purata umur sekitar 19 tahun, Kuala Lumpur 1 dilihat memberi keutamaan kepada pembangunan pemain serta pendedahan awal di peringkat kompetitif, berbanding bergantung kepada pemain senior berpengalaman. Pasukan ini tidak menyenaraikan pemain import atau senior atas faktor kekangan bajet dan masa.

Barisan kejurulatihan diketuai oleh Mohammad Saddam bin Zolkafle, yang juga baru memegang jawatan jurulatih utama, dibantu oleh Muhammad Nadzmi Ismail sebagai jurulatih penjaga gol. Mereka turut mendapat khidmat Syaman Idris, bekas pemain berpengalaman, yang berperanan membantu latihan penjaga gol secara individu.

Kuala Lumpur 1 turut mengekalkan keserasian skuad melalui pemain-pemain yang telah lama bermain bersama sejak di peringkat sekolah, memberi kelebihan dari segi chemistry dalam pasukan.

Fokus utama Kuala Lumpur 1 musim ini adalah membina asas jangka panjang, mengekalkan budaya pasukan yang harmoni serta meningkatkan tahap kompetitif pemain muda untuk masa depan futsal tempatan.

Back To Top