Selangor Bangkrirk

Bangkrirk, Selangor Berentap Di Final SEL MAC Invitational Game 2025

Kelab Thailand, Bangkrirk turun ke Malaysia untuk satu kejohanan empat penjuru melibatkan Selangor, Pahang Rangers dan Kedah. Perlawanan telah dilangsungkan di Stadium Panasonic pada 25 Februari dan berakhir 26 Februari ini.

Kejohanan anjuran Selangor yang dinamakan sebagai SEL MAC Invitational Game 2025 itu akan bermula dengan perlawanan antara naib juara Divisyen 1 2024, Selangor menentang Kedah pada jam 4.00 petang. Ia diikuti perlawanan kedua pada jam 8.00 malam yang menyaksikan Pahang Rangers melayan kunjungan pasukan dari Thailand, Bangkrirk.

Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan mara ke final yang dijadualkan pada 26 Februari pada jam 8.00 malam. Pasukan yang tewas pula akan membuat perhitungan di penentuan kedudukan ke-3 dan ke-4, petang ini.

Selangor berhasil menang 6-2 ke atas pasukan baharu Divisyen 1, Kedah dalam aksi sebelah petang untuk menempah slot final sebelum Bangkrirk mengesahkan tiket, menewaskan Pahang Rangers dengan keputusan 6-3, pada malamnya.

Menariknya, Bangkrirk membawa bintang futsal Thailand seperti tiga pemain yang beraksi di FIFA Futsal World Cup 2024 iaitu Itticha Praphaphan, Narongsak Wingwon dan Worasak Srirangpirot selain Therdsak Charoenphong serta Attiphong Munphlai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top