
Pilihan Maybank Unggul
On October 28, 2015 by Wak FaizalPasukan pilihan Maybank berjaya membenam cabaran pilihan UKM dengan memenangi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas kedudukan terikat 3-3 dalam masa sepenuh permainan. Gol pasukan pilihan Maybank dijaringkan oleh Aidil dua gol dan Khairol dengan satu gol. Manakala gol pasukan pilihan UKM dijaringkan oleh Aznoor, Bisharuzi dan Nazmizan Muhamad untuk mengikat kedudukan 3-3.
Perlawanan ini diadakan sebelum perlawanan akhir kategori lelaki dan wanita dalam Kejohanan Futsal UKM-Maybank 2015 di UKM Bangi baru baru ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab berbasikal UKM dan Dewan Perniagaan Melayu (DPMM ) Kuala Lumpur dengan kerjasama Arena Futsal Malaysia dan Gawang.my. Penaja Utama adalah Maybank manakala penaja bersama CCM dan High 5. Sebanyak 24 pasukan futsal lelaki dan 8 pasukan futsal wanita telah menyertai kejohanan ini. Menurut pengarah kejohanan Muhd Azri Bin Gazali beliau berkata tujuan utama pihaknya mengadakan kejohanan ini adalah untuk memupuk aktiviti riadah dan rekreasi, mencungkil bakat sukan futsal dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA), IPTS Politeknik & Kolej Komuniti dan sebagai Medium bagi pelajar untuk memcebuti sukan futsal ke peringkat lebih tinggi.
Untuk keputusan kategori lelaki, untuk separuh akhir pertama pasukan Vanu Fetes berjaya membenam cabaran EFS UPM dengan jaringan 3-0 dan bagi separuh akhir kedua pasukan Gaba FC berjaya membenam cabaran UKM FC dengan 2-0. Dalam perlawanan akhir, uniknya pasukan Gaba FC berjaya mengikat Vanu Fetes 2-2 hasil 2 jaringan hafiz zalani selepas ketinggalan 0-2 tetapi pasukan Gaba FC berjaya memenangi perlawanan melalui penentuan sepakan 5-4. Untuk penentuan tempat ketiga pasukan UKM menang keatas EFS UPM dengan 4-3.
Manakala bagi kategori wanita diperingkat separuh akhir pertama pasukan Pheonix mengalahkan pasukkan Kolej Komuniti Melaka dengan 5-0 dimana 2 gol hasil jaringan Intan dan Norul Fathem, Sarah, Salmi dan Norain menyumbangkan 1 gol setiap seorang. Dalam separuh akhir kedua pasukan LH berjaya mengalahkan Pakapau dengan tipis 1-0. Dalam perlawanan akhir ketegori wanita pasukan Phenoix berjaya membenam LH dengan 3-0. Dalam perlawanan akhir gol pasukan Pheonix dijaringkan oleh Siti Sharizan Norul Fathem dan Intan Sarah . Bagi pengurus pasukan Pheonix Puan Zuraida Ismail berkata faktor kejayaan kami dalam kejohanan ini ada berkat latihan kami setiap hari Isnin dari awal tahun dan hasil kerjasama antara pemain dan pengurusan dengan bantuan penaja kami.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.