
Ameer – “Pengalaman” Mencorakkan Permainan Yang Bermutu
On June 10, 2015 by Wak FaizalBakat diasah seawal zaman persekolah dan giat berfutsal pada umur 17 tahun menjadi medan mengasah bakat yang terpendam, bermula tahun 2008 beliau aktif dalam kancah futsal “liga haram” di Terengganu ini.
Bermula karier profesional beliau dalam industri futsal apabila dipanggil skuad PBDKT/T-TEAM pada Kejohanan Liga Felda FAM 2008 dan pada masa itu PBDKT/T-TEAM berjaya merangkul Naib Johan kejohanan tersebut. Pengalaman dicari nama ditempah menjadikan beliau menjadi sebutan ramai dalam kancah industri futsal Terengganu.
Mencorakkan pengalaman menghasilkan permainan yang bermutu, beliau diterapkan lagi apabila bersama-sama Pasukan MBKT pada tahun 2010 dan berjaya merangkul Johan pada Kejohanan Maksak Kebangsaan 2010. Pengalaman dan skill beliau bersama Pasukan yang digeruni di Terengganu ini berjaya menajamkan bakat yang sedia ada bersama Pasukan Gelombang FC. Siapa tidak kenal pasukan Gelombang FC pernah mewakili negara Malaysia dalam Kejohanan Futsal Tri Nation Cup 2012 dan berjaya merangkul Naib Johan pada kejohanan tersebut.
Pilihan figos untuk Duta Terengganu pada kali ini amatlah tepat sekali. Ameer merupakan bintang futsal Terengganu yang kini dah mencecah 8 tahun bersama Liga Felda Kebangsaan.
Profil (Duta Figos Terengganu)
—————————————–
Nama: Muhammad Ameer Shafeeq Zaidi
Nama Panggilan: Ameer
Umur: 25 tahun
Negeri: Terengganu
Pengalaman/Pencapaian
1. Naib Johan LFK 2008/09 (PBDKT/T-TEAM)
2. Johan Maksak Kebangsaan 2010 (Terengganu)
3. Naib Johan Futsal Redbull Tri Nation Cup 2012 (Gelombang FC)
4. Johan Maksak Negeri 2012-2014 (MBKT)
5. Liga LFK 2008 sehingga kini 2015
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.