
Sentuhan Guntur Sulistyo Mampu ‘Sakiti’ JDT?
On February 17, 2024 by Al-Zaim ArzamanGombak TOT secara rasmi mengumumkan barisan pemain yang 70 peratusnya muka baharu untuk pentas Divisyen 1, Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 termasuklah memperkenalkan dua import baharu untuk musim ini iaitu Luan Feitosa dan Guntur Sulistyo.
Guntur bukanlah nama asing buat Gombak TOT apabila menyarung jersi mereka selama sebulan di Piala Futsal Malaysia (MFC) 2023.
Menariknya, waima hanya untuk dua perlawanan – tersingkir di suku akhir kepada Pahang Rangers, beliau berhasil melakar tiga jaringan.
Kini, di pentas MPFL, kemampuannya bakal teruji, malah aksi pertama pasukan tersebut adalah berdepan finalis MPFL dan MFL 2023, JDT.
Bakal menyarung jersi bernombor 16, kemampuan pemain yang membarisi skuad kebangsaan Indonesia ini tidaklah perlu diperkenalkan lagi. Beraksi di posisi Ala dan mampu menggunakan kedua-dua belah kakinya, beliau merupakan aset yang amat bernilai buat pasukan.
Malah kepantasan dan kelincahannya bakal menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan, selain beliau cepat menyesuaikan dirinya. Terbukti pada musim lalu, waima hanya dapat diturunkan dalam dua perlawanan, Gombak TOT mampu meraih manfaat darinya.
Antara kejuaraan yang pernah dirangkulnya bersama pasukan terdahulu – Black Steel di Indonesia, adalah Kejohanan Futsal Kelab AFF 2023, malah beliau merupakan pemain futsal Indonesia yang meraih pingat perak di Sukan SEA 2022 yang dilangsungkan di Vietnam.
Pertembungan antara Gombak TOT dan JDT juga menarik kerana bekas kapten mereka, Yazid Kamaruzuan kini beraksi bersama lawan.
Anda akan dapat saksikan pertembungan antara kedua-dua pasukan ini pada jam 8.30 malam ini di KSN Panasonic, Shah Alam.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.