Warrix Sabah Futsal League telah melabuhkan tirainya pada 28 September 2015 iaitu pada hari Ahad lepas. Pakman Ft dinobatkan selaku Juara untuk edisi pertama ini. Rekod bersih 11 perlawanan tanpa kalah membuktikan pasukan Pakman FT merupakan antara pasukan futsal yang paling digeruni di Kota Kinabalu.
Selaku juara pasukan Pakman FT membawa pulang Piala Pusingan Warrix Sabah, Piala Juara, wang tunai RM1000.00 serta baucer barangan sukan dari pihak Warrix Sabah.
Massa FT pula menduduki tempat kedua liga dan membawa pulang wang tunai RM700, Piala Naib Juara serta baucer barangan sukan Warrix Sabah.
Manakala pasukan TMF menduduki tangga ketiga bersaing sengit dengan Massa FT yang menduduki tangga kedua. Pasukan TMF membolot hadiah wang tunai RM400, Piala tempat ketiga dan juga baucher dari pihak Warrix Sabah.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Artikel : Wak Wan