Senarai 22 Pemain Latihan Pusat Skuad Wanita Negara Fasa Kedua
On August 26, 2015 by Wak FaizalLatihan pusat skuad wanita negara fasa ke-2 yang berlangsung 25 hingga 29 Ogos 2015 pastinya dapat memberikan gambaran dengan lebih jelas kepada jurulatih terhadap kombinasi gandingan serta berpeluang menguji beberapa pemain baru yang dipanggil untuk fasa ke-2 ini.
Ketua jurulatih skuad negara, Chiew Chun Yong yang diberitakan kurang berpuas hati dengan ketajaman penyudah para pemain telah menyenaraikan beberapa pemain baru bagi melihat sejauh mana keupayaan muka baru yang terpilih tersebut.
Antara yang dipanggil kali ini ialah pemain berusia 18 tahun yang memperkuatkan pasukan Selangor musim ini iaitu Zur’ain Binti Kamaruddin, tonggak Felda United, Farah Najihah Binti Abdul Aziz dan juga pemain Sabah, Masturah Binti Majid.
Kehadiran pemain-pemain tersebut dapat memberikan banyak pilihan buat jurulatih bagi memilih pemain yang bersedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental untuk membawa cabaran negara di Kejohanan AFC di Nilai nanti.
Walaupun beliau kurang berpuas hati dengan ketajaman penyudah pemain, Chiew Chun Yong yang dibantu oleh Jamhuri Zainuddin optimis bahawa pemain akan terus dapat memperbaiki kelemahan dan memberikan yang terbaik bagi latihan kali ini.
Berikut adalah senarai pemain yang terpilih bagi latihan pusat yang ke-2 :
1) Fatin Shahida Binti Azmi ( MPSJ )
2) Nur Shazreen Binti Munazli ( MPSJ )
3) Dadree Rofinus ( Sabah )
4) Shereillyn Ely Pius ( Sabah )
5) Usliza Binti Usman ( Sabah )
6) Masturah Binti Majid ( Sabah )
7) Siti Asnidah Binti Zamri ( Selangor )
8) Sity Norazizah Binti Jamal ( Selangor )
9) Rina Jordana Binti Adnan ( Selangor )
10) Amirah Sarah Binti Mohd Fahmi ( Selangor )
11) Zur’Ain Binti Kamarudin ( Selangor )
12) Farhana Binti Abdullah ( Selangor )
13) Nur Izzati Binti Khairuddin ( Selangor )
14) Noor Asyikin Binti Mohamad Noor ( Felda United )
15) Nurul Atiqa Binti Zaifulizan ( Felda United )
16) Farahiyah Binti Muhd Ridzuan ( Felda United )
17) Norhawa Binti Md Yassin ( Felda United )
18) Farah Najihah Binti Abdul Aziz ( Felda United )
19) Nuralin Shafika Binti Omar ( Kedah )
20) Nur Aisyah Binti Mohd Tahir ( Perak )
Artikel Oleh : Meor AFM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.